Kadang kala masalah berlaku dengan pelayan Glu tetapi masalah ini biasanya dapat diselesaikan dengan cepat.  Jika anda terus mendapat ralat rangkaian, anda hendaklah memeriksa sambungan anda.

Sentiasa gunakan sambungan Wi-Fi yang boleh dipercayai berbanding sambungan rangkaian (3G, 4G) kerana sambungan selular boleh berubah-ubah dengan ketara.  

"Bar" yang tinggi menunjukkan isyarat yang baik tetapi mungkin tidak menggambarkan daya pemprosesan sebenar.  Walaupun sambungan Wi-Fi anda yang ditunjukkan mempunyai isyarat yang baik, lebar jalur anda mungkin terhad jika rangkaian sesak, contohnya jika terdapat ramai pengguna berkongsi rangkaian dan/atau ramai yang menggunakan aktiviti yang memerlukan lebar jalur yang tinggi seperti menstrim video, anda mungkin tidak mendapat daya pemprosesan yang baik.

Terdapat ujian lebar jalur percuma untuk memeriksa jumlah daya pemprosesan anda. Anda tidak perlu memasang sebarang perisian, ujian ini boleh dijalankan terus pada penyemak imbas peranti anda.  (Cuma cari “bandwidth test”.) Anda hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 10Mb muat turun dan 3Mb muat naik supaya permainan ini dapat berjalan dengan betul.