Kebanyakan masalah dengan mana-mana permainan boleh diselesaikan dengan memastikan terdapat banyak sumber sistem dan lebar jalur berkualiti baik yang boleh dipercayai (sambungan ke Penyedia Perkhidmatan Internet anda).
TUTUP SEMUA PROGRAM LAIN
Apabila anda keluar daripada mana-mana aplikasi, ia tidak akan hilang sepenuhnya daripada memori yang sedang digunakan. Apabila masih terdapat beberapa program sedang berjalan di latar belakang, program ini turut memerlukan ruang dan masa memproses sepertimana permainan ini.
Biarkan permainan ini berjalan sendiri dan lihat jika prestasinya meningkat. Sebelum melancarkan permainan ini, lebih baik sekiranya anda menutup semua aplikasi lain yang sedang berjalan (Ketik dua kali pada buang utama untuk melihat aplikasi yang sedang berjalan. Leret ke atas dengan jari untuk mengosongkannya daripada memori), kemudian matikan peranti dan mulakannya semula jika anda benar-benar ingin memastikan tiada saki-baki program yang tertinggal.
JANGAN BIARKAN STORAN ANDA TERLALU PENUH -
Jika peranti anda hampir penuh, masalah boleh berlaku. Pastikan anda memiliki banyak ruang kosong tambahan yang melebihi saiz program sebenar untuk tujuan cache. Aplikasi memerlukan ruang untuk menulis dan menyimpan fail sementara, maka kami mengesyorkan supaya anda membiarkan memori kosong kira-kira 2GB untuk kegunaan semua aplikasi anda. Jika ruang storan peranti anda hampir penuh, padamkan beberapa aplikasi percuma lama yang tidak digunakan atau alihkan beberapa fail media ke peranti lain untuk mengosongkan sedikit ruang.
SEMAK KUALITI SAMBUNGAN ANDA -
Kualiti sambungan Internet boleh menjejaskan kestabilan permainan.
Sentiasa gunakan sambungan Wi-Fi yang boleh dipercayai berbanding sambungan rangkaian (3G, 4G) kerana sambungan selular boleh berubah-ubah dengan ketara.
"Bar" yang tinggi menunjukkan isyarat yang baik tetapi mungkin tidak menggambarkan daya pemprosesan sebenar. Walaupun sambungan Wi-Fi anda yang ditunjukkan mempunyai isyarat yang baik, lebar jalur anda mungkin terhad jika rangkaian sesak, contohnya jika terdapat ramai pengguna berkongsi rangkaian dan/atau ramai yang menggunakan aktiviti yang memerlukan lebar jalur yang tinggi seperti menstrim video, anda mungkin tidak mendapat daya pemprosesan yang baik.
Terdapat ujian lebar jalur percuma untuk memeriksa jumlah daya pemprosesan anda. Anda tidak perlu memasang sebarang perisian, ujian ini boleh dijalankan terus pada penyemak imbas peranti anda. (Cuma cari “bandwidth test”.) Anda hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya 10Mb muat turun dan 3Mb muat naik supaya permainan ini dapat berjalan dengan betul.